Rawatan Pendakap Gigi di Bulan Ramadhan Dibenarkan atau Sebaliknya?

Model pendakap gigi yang terdapat di As-Salam Dental

Dalam ilmu pergigian, pendakap gigi atau kebiasaanya kita biasa dipanggil “braces”, adalah peralatan ortodontik yang digunakan untuk membetulkan penjajaran gigi dan masalah gigitan. Rawatan pendakap gigi ini boleh dibuat ke atas semua golongan termasuk remaja dan
dewasa jika bersesuaian. Rawatan ini selalunya memakan masa 2 tahun dan memerlukan komitmen pesakit untuk berjumpa dengan pakar pergigian ortodontik setiap bulan untuk temujanji susulan yang mana pesakit akan diperiksa untuk sebarang masalah jika ada sebelum doktor pakar meneruskan rawatan.  Bilangan temujanji yang diperlukan untuk rawatan braces bergantung kepada keperluan individu dan jenis brek yang digunakan. Walau bagaimanapun, secara amnya, rawatan brek biasa memerlukan antara 6 hingga 12 temujanji yang dijadualkan selama tempoh 1 hingga 2 tahun.

Namun begitu, adakah ia menjadi penghalang bagi kita untuk membuat rawatan pergigian sebagai rutin harian kita? Sebagai contoh memberus gigi, membuat temujanji bersama doktor gigi untuk rawatan gigi, memasang, menanggalkan dan menggunakan gigi palsu, rawatan pendakap gigi dan seumpamanya. Ianya sentiasa menjadi pertanyaan kepada pakar ataupun mufti untuk mengenali hukum-hakam dalam agama sebelum memulakan prosedur.

Prosedur ini melibatkan penggunaan peralatan pergigian dan air. Tetapi sekiranya pesakit tidak menelan air di dalam mulut dan bertenang sewaktu prosedur dibuat, prosedur ini tidak membatalkan puasa dan boleh dijalankan kerana air yang digunakan adalah sedikit sahaja. Prosedur seperti pembukaan pendakap gigi setelah tamat rawatan ataupun pemasangan pendakap gigi sewaktu permulaan rawatan melibatkan prosedur menggunakan peralatan pergigian dan air yang banyak.

Maka, prosedur ringkas seperti ini sudah tentu tidak membatalkan puasa dan boleh dilakukan seperti di bulan-bulan biasa. Tetapi sekiranya terdapat bahagian dari pendakap gigi yang tertanggal dan memerlukan penggantian, maka pakar pergigian perlu untuk membersihkan permukaan gigi sebelum melekatkan semula bahagian pendakap gigi tersebut.

kredit:
Dr. Zurairah Ibrahim

Pakar Pergigian Ortodontik
Universiti Sains Islam Malaysia


Dr. Wan Nur Alwani bt Wan Abdul Aziz
Pakar Pergigan Periodontik
Universiti Sains Islam Malaysia

Sekiranya terdapat sebarang masalah atau anda merasa sakit atau kurang selesa disebabkan ada bahagian daripada pendakap gigi anda yang patah, tertanggal atau tercabut, bolehlah membuat temujanji segera dengan pakar pergigian anda di As-Salam Dental Semenyih! Klik disini utnuk membuat temujanji –> As-Salam Dental Booking

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *