
kredit gambar: cakrawala.co
Menggosok gigi adalah salah satu perkara penting dalam penjagaan dan kebersihan mulut yang baik dengan menggunakan berus gigi berbulu lembut dan ubat gigi yang mengandungi fluoride. Namun, sesetengah orang sudah terbiasa menggosok gigi pada waktu siang untuk mengelakkan daripada bau mulut yang kurang menyenangkan.
Bercakap mengenai menggosok gigi, tahukah anda kemungkinan cara anda menggosok gigi lain daripada cara yang sepatutnya. Mungkin diantara kita ada yang sudah biasa menggosok gigi dengan cara mereka sendiri sejak kecil atau ada juga yang lupa atau tidak perasan. Jadi inilah antara cara memberus gigi yang betul:
- Letakkan sedikit ubat gigi sebesar biji kacang pada berus.
- Pegang berus pada sudut 45 darjah pada gigi dan gosok dengan lembut ke depan dan ke belakang.
- Gosok permukaan luar, permukaan dalam, dan permukaan kunyah semua gigi.
- Condongkan berus secara menegak dan gosok dengan lembut ke atas dan ke bawah untuk membersihkan permukaan dalam gigi hadapan.
- Gosok lidah anda untuk menghilangkan bakteria dan menyegarkan nafas.
- Keluarkan ubat gigi dan bilas mulut anda sepenuhnya dengan air.
- Bilas berus gigi anda dengan air dan simpan di tempat yang kering.
- Gosok gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari selama dua minit setiap kali.
Jadi itu antara sedikit sebanyak cara asas bagaimana untuk memberus gigi dengan betul.
Namun, untuk pertanyaan menggosok gigi ketika puasa di siang hari di dalam mazhab Syafi’e adalah makruh. Sekiranya, anda memberus gigi untuk mengelakkan bau mulut, contohnya apabila anda bangun dari tidur (di siang hari) dan anda menggosok gigi dengan tujuan menghilangkan bau mulut maka sesetengah ulama memutuskan tidak makruh.

Jika anda ingin membuat rawatan atau mempunyai sebarang masalah dan kesakitan pada gigi, segeralah berjumpa dengan doktor gigi dI As-Salam Dental Semenyih. Anda juga boleh mendapat info yang lebih menarik secara terus daripada doktor.
Klik di sini –> dentalsalam.com