Kalau anda dengar pencuci mulut buat pertama kali, yang akan terlintas di fikiran anda adalah makanan seperti dessert atau makanan manis selepas makanan berat. Sebaliknya, ianya adalah bahan pencuci mulut yang sering kita gunakan selepas memberus gigi. Kebiasaannya, majoriti orang kita selalu panggil ‘Listerine’ walaupun pencuci mulut yang berlainan produk.

Berikut adalah beberapa cara atau tips supaya anda boleh pilih dan berbaloi dengan apa yang anda belanjakan.
Mencegah dan merawat gingivitis dan periodontitis
Cecair pembersih oral yang baik mengandungi ubat yang boleh mencegah dan marawat dua jenis penyakit oral iaitu gingivitis dan periodontitis. Ujian klinikal menunjukkan bahawa sejenis bahan aktif dalam preskripsi dipanggil chlorhexidine mempunyai ciri-ciri antibakteria yang lebih kuat untuk melawan bakteria yang menjadi punca terjadinya kedua-dua penyakit oral ini.
Masalah bau mulut
Masalah bau mulut boleh terjadi daripada sisa makanan yang melekat pada gigi selepas makan. Makanan yang dimakan setiap hari mungkin mengandungi suatu makanan dengan bau yang kuat, seperti bawang atau bawang putih. Dalam kes lain, bau boleh datang dari kuman di dalam mulut yang terhasil daripada refluks asid yang menyebabkan nafas berbau.
Melegakan kekeringan mulut
Kekeringan mulut terjadi apabila air liur tidak dihasilkan secukupnya disebabkan dehidrasi oral yang berlaku. Keadaan ini berpunca dari pelbagai sebab. Antaranya daripada tabiat merokok dan kesan dari pengambilan ubat tertentu. Kekeringan mulut yang kronik boleh menimbulkan gejalan seperti kesukaran bercakap, mengunyah dan menelan makanan dan mengeluarkan bau nafas yang tidak enak.
Kegunaan seisi keluarga
Setiap ahli keluarga mempunyai selera yang berbeza-beza dalam bab penjagaan oral mengikut kecenderungan masing-masing. Bagi ibu bapa yang ingin mengajar anak kecil mereka membersihkan mulut dengan cecair pencuci oral, pemilihan produk yang mengandungi rasa cucian yang kuat hasil daripada campuran bahan alkohol mungkin tidak sesuai.
kredit info daripada: 100commetns.com

Jika tips diatas dapat membantu, anda boleh membuat keputusan untuk membeli pencuci mulut dengan niat dan kehendak anda sendiri. Walaubagaimana pun, jika anda ada masalah oral hygiene yang tidak tahu punca dari mana, boleh singgah ke As-Salam Dental di Semenyih. Doktor gigi kami akan memberikan rawatan yang terbaik serta nasihat tentang masalah pergigian dan kesihatan mulut walaupun anda tidak perlukannya tetapi kami tetap akan lakukan demi menjaga anda dengan baik !
Klik di sini untuk menempah slot anda sebelum penuh:
http://wasap.my/0123996796