Berita baik untuk warga Bangi dan kawasan sekitar – As-Salam Dental Seksyen 7, Bangi kini beroperasi setiap hari dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam!
Kenapa kami panjangkan waktu operasi?
Ramai pesakit beritahu susah nak datang klinik gigi sebab:
Kerja pejabat sampai lewat petang
Kelas universiti tak tentu masa
Urus anak kecil dan keluarga
Sebab itu, kami panjangkan waktu operasi hingga 10.00 malam, supaya anda:
Boleh datang lepas habis kerja atau kelas
Boleh bawa anak-anak lepas Maghrib
Tak perlu tunggu hujung minggu semata-mata untuk rawatan gigi
Perkhidmatan yang disediakan pada waktu malam
Di As-Salam Dental Seksyen 7, Bangi, anda masih boleh dapatkan pelbagai rawatan seperti biasa, antaranya:
Pemeriksaan gigi menyeluruh
Scaling & polishing (cuci gigi)
Rawatan tampalan gigi berlubang
Konsultasi dan rawatan braces
Cabutan gigi yang perlu dirawat segera
Konsultasi sakit gigi & gusi
(Perkhidmatan tertentu tertakluk kepada penilaian doktor gigi.)
Bila anda patut jumpa doktor gigi?
Jangan tunggu sampai sakit sangat baru datang. Anda digalakkan berjumpa doktor gigi jika:
Gigi sensitif bila makan/minum sejuk atau manis
Nampak lubang pada gigi
Gusi selalu berdarah ketika berus gigi
Nafas berbau walaupun sudah jaga kebersihan mulut
Dah lebih 6 bulan – 1 tahun tak buat pemeriksaan gigi
Lebih cepat dirawat, lebih mudah dan lebih jimat untuk anda.
Jom buat temu janji hari ini!
Tak kira anda staf pejabat, student, suri rumah atau ibu bapa yang sibuk kami sedia bantu dari pagi hingga malam.