JENIS GIGI PALSU DI AS-SALAM DENTAL

JENIS-JENIS GIGI PALSU DI AS-SALAM DENTAL

Hari ini kita akan cerita sedikit tentang Gigi Palsu atau nama lain nya, Denture. Gigi palsu adalah peralatan boleh tanggal yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang dan tisu disekitarnya. 

Antara jenis gigi palsu yang ada di As-Salam Dental:

Gigi palsu akrilik adalah jenis gigi tiruan dengan akrilik sebagai bahan utama.  Jenis gigi palsu ini sudah ada sejak lama, dan hingga sekarang masih digunakan.

Mungkin ada gangguan pertuturan atau perubahan rasa. Orang yang sensitif mungkin mengalami tanda-tanda alahan semasa tempoh pembiasaan.

Gigi palsu fleksibel ialah sejenis gigi palsu separa yang diperbuat daripada bahan termoplastik fleksibel, biasanya nilon. 

Gigi palsu fleksibel boleh dibengkokkan dan dilentur dengan lebih mudah. Ini menjadikan mereka lebih selesa dipakai, terutamanya bagi mereka yang mempunyai gusi sensitif.

Gigi Palsu Cobalt Chrome ini dibuat daripada logam Kobalt dan Kromium. Ianya lebih nipis, lebih kuat dan lebih ringan daripada gigi palsu akrilik tetapi kos pembuatannya lebih tinggi.

Ia juga pilihan rawatan yang terbaik untuk peasakit yang ada gag reflex dan gigi palsu rahang bawah kerana lebih stabil dan tidak bergoyang

Jadi kepada semua penduduk Semenyih atau yang berdekatan, jom lah datang ke As-Salam Dental. Selain gigi palsu, ada banyak lagi rawatan yang kami ada. Boleh klik butang di bawah untuk set temujanji 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *