Cara Paling ‘Simple’ Untuk Menghilangkan Bau Mulut

Kadang-kadang macam rasa pelik juga. Bukannya tak pernah berus gigi. Tapi berus je kadang-kadang.. Haa kalau orang pun lari hanya sebab mulut berbau, cuba scroll bawah sekejap.

Sebenarnya, mencuci mulut dalam masa 4 kali sehari bukan salah satu daripada solusi untuk membuat mulut bersih. Para doktor gigi telah menemukan cara terbaik untuk menghilangkan bau mulut yang ‘simple’ dan senang untuk anda.

Tentang Bakteria Dalam Mulut

Kadang-kadang bila kita mengunyah makanan, adakalanya saki-baki makanan yang kecil-kecilan itu terlekat pada celah-celah gigi. Jika anda membiarkan ia tersekat pada celah-celah gigi atau di keliling mulut ia akan menyebabkan kesihatan oral (mulut) yang teruk. Boleh bayangkan bagaimana bakteria yang ada dalam mulut anda akan menghasilkan bau yang kurang memuaskan.

Memberus Gigi

– Pastikan anda memberus gigi pada waktu harian yang sesuai. Contoh paling terbaik memberus gigi pada waktu pagi (selepas bangun tidur) dan juga pada waktu malam (sebelum tidur). Ini akan memberi kesan untuk mengurangkan bau mulut daripada apa yang anda sangkakan. Pastikan juga berus di lidah anda kerana bakteria boleh terkumpul di atas permukaan lidah dan boleh meninggalkan kesan bau pada mulut anda.

Minum Air

– Pastikan anda banyak minum air terutamanya apabila menghadapi cuaca panas seperti pada hari ini. Apabila mulut anda kering, anda akan kekurangan air liur. Jika anda kekurangan air liur ia memberi peluang pada sisa makanan dan bakteria senang terkumpul pada lidah dan mulut pada masa begitu lama. Yup bau mulut juga akan tercetus dengan lebih buruk lagi.

Ada perkara lain selain daripada rasa dahaga yang boleh membuatkan mulut kering. Sebagai contoh kopi, alkohol, rokok adalah salah satu bahan yang bagus untuk memberikan kesan terhadap mulut anda jika anda mengambil bahan ini secara kerap. Jika anda merasakan pencuci mulut (sebagai contoh Listerine) boleh menghilangkan bau mulut, sebenarnya tidak benar sama sekali. Pencuci mulut hanyalah sekadar menutup bau mulut sementara waktu. Ia seakan-akan lapisan bagi menutupi kesan bau dalam jangka masa yang sementara.

Apa pendapat anda? Jika anda inginkan lebih tips tentang menghilangkan masalah bau mulut, anda boleh jumpa kami di As-Salam Dental !

Anda digalakkan untuk menempah slot jika anda ingin menjimatkan waktu menunggu! Klik disini –> http://wasap.my/0123996796

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *