APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS CABUT GIGI?

Mencabut gigi selalunya kedengaran amat menggerunkan. Tetapi jangan takut , doktor kami yang membuat cabutan gigi ini sudah terlatih.

Perlu diingatkan untuk mengelakkan komplikasi dari berlaku selepas cabutan, pesakit perlulah mematuhi nasihat serta arahan dari doktor. Selepas gigi dicabut, apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh pesakit?

Tips selepas cabutan gigi:
1) Dilarang berkumur
2) Gigit kapas sehingga darah berhenti
3) Makan, minum sejuk dan lembut
4) Tidak boleh makan/ minum panas/ pedas
5) Pastikan kawasan cabutan bersih untuk elakkan sebarang jangkitan kuman
6) Jika rasa sakit selepas kesan ubat kebas hilang, boleh makan ubat tahan sakit. Contoh: Panadol.

Jika anda mengikuti tip-tip yang diberikan di atas,insyaAllah kawasan cabutan anda akan sembuh tanpa sebarang masalah yang timbul.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *