
APA KAITAN KENCING MANIS DAN MASALAH GUSI?
Terlalu banyak gula dalam darah akibat diabetes boleh mangakibatkan jangkitan dan masalah lain dalam mulut. Mulut anda merangkumi gigi, gusi, rahang, tisu seperti lidah, lelangit dan lantai mulut serta bahagian dalam pipi.
Gula hadir dalam air liur iaitu cecair yang membasahkan mulut. Apabila diabetes tidak terkawal, paras gula yang tinggi dalam air liur menolong kuman (plak) membiak.
Penyakit gusi boleh berlaku lebih kerap, lebih teruk dan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh jika anda mengidap diabetes.

Karies gigi : Pesakit diabetes lebih mudah terdedah kepada gangguan deria rasa, masalah gusi dan kelenjar air liur, yang boleh meningkatkan risiko mereka mendapat karies gigi baru dan berulang.
Kelanjar air liur tidak berfungsi : Keadaan mulut yang kering telah dilaporkan terjadi pada orang yang menghidap penyakit diabetes
Penyakit kelainan tisu mukosa : Diabetes juga dikaitkan dengan kebarangkalian yang lebih besar mendapat kelainan tisu mukosa yang tertentu
Jangkitan kulat : Satu lagi masalah diabetes adalah terjadinya jangkitan seperti kandidiasis oral.
Gangguan deria rasa : Deria rasa adalah komponen penting dalam kesihatan mulut yang mungkin terjejas teruk di kalangan pesakit diabetes
Gingivitis dan periodontitis : Diabetes juga dikaitkan dengan kejadian dan perkembangan komplikasi berkaitan diabetes seperti gingivitis, periodontitis dan kehilangan tulang alveolar