Pakai Braces Sudah Menjadi ‘Trend!’ Kenapa Kita Perlu Pakai Braces?

Kadang kita lihat ramai diantara anak-anak muda terutamanya yang daripada generasi Z. Jika kita membuka laman sosial TikTok, kebanyakkan video-video yang muncul di ‘timeline’ anda adalah daripada pengguna akaun yang jelas dilihat braces pada gigi mereka. Tetapi adakah braces ini telah dianggap sebagai fesyen dikalangan anak-anak muda pada masa kini? Apakah kebaikan dan keburukkan jika kita memakai braces tanpa sebarang nasihat daripada pakar pergigian?

Gambar tentang seorang doktor gigi menerangkan tentang pemakaian dan prosedur untuk membuat rawatan braces di As-Salam Dental, Semenyih

Braces yang menjadi trend sekarang dipanggil ‘fake braces‘. Ianya braces palsu yang dipasang pada gigi yang menyerupai braces sebenar dan dipasang oleh pengamal yang tidak bertauliah. Walau bagaimanapun ianya tidak berfungsi seperti alat-alat yang dipasang untuk rawatan ortodontik.

Contoh fake braces(kiri) dan pemakaianfake braces(kanan)

Bagi golongan remaja, pemakaian aplian ortodontik kadangkala boleh dilihat sebagai suatu fesyen. Permukaan gigi yang dihiasi dengan getah-getah ortodontik yang berwarna-warni dan berbentuk menarik kelihatan seperti aksesori. Getah-getah ortodontik ada yang berbentuk bunga, bintang, watak kartun (mickey mouse) dan sebagainya.Susunan gigi mereka ini biasanya sudah teratur dan tidak memerlukan rawatan ortodontik. Tetapi oleh kerana ingin mengikut tren dikalangan rakan sebaya, mereka sanggup melekatkan fake braces ini pada permukaan gigi masing-masing.

-My Health

Siapakah yang perlu memakai braces ini?

Untuk menjawab persoalan ini, golongan yang perlu memakai braces ini adalah seseorang yang mempunyai masalah gigi seperti masalah susunan gigi yang tidak sekata yang menyebabkan ketidakselesaan ketika menutup mulut dengan sempurna, susunan gigi yang membuatkan mereka sukar untuk memberus gigi, sukar untuk mengunyah, dan pelbagai masalah lain. Maka pendakap gigi atau braces adalah penyelesaian yang terbaik bergantung kepada tahap keterukkan masalah gigi anda. Antara kebaikan memakai braces bagi golongan yang memerlukan ini ialah:

  • Susunan gigi akan nampak teratur
  • Meningkatkan keyakinan diri selepas menjalani rawatan pendakap gigi (mudah tersenyum dan tidak lagi menyorokkan muka)
  • Susunan gigi yang lurus menjadikan seseorang itu lebih mudah untuk membersihkan giginya
  • Melegakan tekanan sendi pada rahang
  • Selaraskan rahang atas dan bawah. ⁣

Pemakaian braces yang sebenar tiada had dalam umur. Ia lebih penting untuk memastikan gigi anda cantik dan bersih cuma harus mendapatkan nasihat daripada pakar atau doktor gigi sebelum memulakan prosedur rawatan braces. Pemakaian braces harus sealiran dengan keselamatan gigi.

Dalam keghairahan untuk berfesyen, anda juga perlu tahu bahawa pemakaian pendakap gigi palsu ini juga mempunyai impak negatif kepada si pemakai yang mempunyai gigi sihat dan kukuh. Gigi anda boleh mereput, rosak, bergoyang, tidak berfungsi dan terpaksa dicabut! Jika anda berkeras mahu mencuba untuk memakai braces, anda perlu tahu beberapa perkara ini.

-SemuanyaJDT

As-Salam Dental Semenyih

Sekiranya anda ada masalah pada gigi yang melibatkan pemasangan pendakap gigi, anda boleh membuat temu janji di dentalsalam.com atau jumpa kami di As-Salam Dental, Semenyih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *