GIGI PALSU VS IMPLANT?? MANA LEBIH BAIK????

Apa Itu Gigi Palsu Sebenarnya?

Gigi palsu ialah gigi tiruan yang digunakan untuk menggantikan gigi yang hilang, sama ada satu batang, beberapa batang, atau keseluruhan gigi. Ramai orang fikir gigi palsu hanya untuk warga emas, tapi hakikatnya usia bukan faktor utama.

Gigi boleh hilang disebabkan:

  • kerosakan teruk

  • jangkitan gusi

  • kemalangan

  • cabutan lama yang tak diganti

Jenis Gigi Palsu (Ramai Keliru)

1. Gigi Palsu Separa
Digunakan bila masih ada gigi asli yang sihat. Biasanya disokong oleh cangkuk atau struktur khas.

2. Gigi Palsu Penuh
Untuk pesakit yang kehilangan semua gigi atas atau bawah.

3. Gigi Palsu Fleksibel
Lebih nipis, lembut dan selesa. Ramai suka sebab nampak lebih natural dan tak ketara.

👉 Tak semua orang sesuai untuk semua jenis penilaian doktor sangat penting.

Fakta Gigi Palsu Yang Ramai Orang Tak Tahu
1️⃣ Gigi palsu bukan “terus selesa”

Ramai ingat pasang hari ni, esok terus ok. Sebenarnya:

  • mulut perlukan masa untuk adapt

  • bercakap & makan mungkin rasa janggal pada awalnya

  • sedikit rasa longgar adalah normal pada fasa awal

2️⃣ Gigi palsu boleh longgar walaupun dijaga

Bukan sebab gigi palsu rosak tapi tulang rahang boleh mengecut dari masa ke masa bila gigi asli dah tiada. Sebab itu:

  • perlu adjustment berkala

  • kadang perlu buat semula selepas beberapa tahun

3️⃣ Gigi palsu tak boleh dipakai 24 jam

Ramai tak tahu:

  • pakai berterusan boleh sebabkan luka & jangkitan gusi

  • gusi perlukan “rehat”, terutama waktu tidur

4️⃣ Bau mulut boleh datang dari gigi palsu

Jika tak dibersihkan dengan betul:

  • sisa makanan melekat

  • bakteria berkumpul

  • boleh sebabkan bau mulut walaupun gigi palsu nampak bersih

5️⃣ Gigi palsu bukan sekadar untuk cantik

Selain senyuman:

  • bantu kunyah dengan lebih baik

  • elakkan gigi lain bergerak

  • sokong struktur muka (elak pipi nampak cengkung)

  • bantu sebutan perkataan lebih jelas

Tanda Gigi Palsu Anda Bermasalah

Jumpa doktor jika:

  • sakit atau luka berulang

  • gigi selalu tercabut / bergerak

  • susah makan walaupun dah lama pakai

  • gusi merah, bengkak atau berdarah

  • bau mulut berpanjangan

Cara Jaga Gigi Palsu Yang Betul
  • bersihkan setiap hari (jangan guna ubat gigi biasa jika tak disarankan)

  • rendam ikut arahan doktor

  • jangan guna air panas (boleh ubah bentuk)

  • bersihkan gusi & lidah walaupun pakai gigi palsu

  • buat pemeriksaan berkala walaupun tiada sakit

Gigi Palsu vs Implan…Mana Lebih Sesuai?

Tak ada jawapan “satu untuk semua”.

Gigi palsu sesuai jika:

  • nak pilihan lebih bajet

  • tak mahu prosedur pembedahan

  • keadaan tulang tak mencukupi

Implan gigi pula:

  • lebih kekal

  • rasa hampir macam gigi asli

  • perlukan penilaian & kos lebih tinggi

👉 Doktor akan bantu cadangkan ikut keadaan mulut, tulang, kesihatan & bajet.

Penutup

Gigi palsu bukan tanda usia, ia alat untuk kualiti hidup. Dengan pemilihan yang betul, penjagaan yang baik dan follow-up berkala, gigi palsu boleh jadi sangat selesa dan nampak natural.

Kalau anda ada gigi hilang dan masih bertangguh untuk ganti, itu yang sebenarnya boleh beri kesan jangka panjang pada gigi lain dan struktur muka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *