Gigi Palsu Pun Boleh Jadi ‘Tak Elok’ Sekiranya Tidak Dijaga Dengan Rapi

Contoh gambar gigi palsu

“Gigi palsu opah berbau dan buatkan orang sekeliling opah rasa tidak selesa.” Posting ini adalah untuk anda buat yang sedang memakai gigi palsu.

Gigi palsu (denture) adalah peralatan boleh tanggal yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang dan tisu disekitarnya bagi memudahkan pesakit dapat mengunyah, senyum, menutup mulut dengan sempurna dan seumpamanya agar orang lain melihat dengan senang. Tetapi tahukah anda bahawa gigi palsu ini harus dijaga dengan baiknya daripada sebelum dan selepas memakainya.

Kenapa kita harus jaga gigi palsu?
Secara semulajadinya gigi palsu cenderung untuk mengumpulkan plak, bakteria, tartar dan kesan kotor. Kebersihan mulut yang tidak betul boleh membawa kepada pengumpulan plak dan bakteria yang berlebihan yang mana boleh menyebabkan iritasi, pembengkakan dan jangkitan gusi.

Cara membersihkan gigi palsu

  • Berus gigi palsu dengan berus gigi yang lembut tanpa menggunakan ubat gigi
  • Bersihkan gigi dan gusi anda dengan berus gigi yang lembut
  • Rendam gigi palsu dalam air pada waktu malam
  • Elakkan memakai gigi palsu ketika tidur pada waktu malam
  • Bilas gigi palsu dengan air yang mengalir sebelum memakai gigi palsu pada waktu pagi

Gambar rawatan gigi palsu sebelum (atas) dan selepas (bawah) di As-Salam Dental oleh Dr. Bryan Sasikaran

Jika anda adalah seseorang yang kehilangan satu atau lebih gigi dan mencari cara untuk memulihkan senyuman anda dan meningkatkan kesihatan oral anda secara keseluruhan, maka gigi palsu mungkin menjadi pilihan yang baik untuk anda dan boleh merawat di As-Salam Dental Semenyih .

Kenapa anda harus merawaat gigi di As-Salam Dental Semenyih?

  • Ruang menunggu yang selesa
  • Kami ada peralatan pergigian yang lengkap dan canggih
  • Bilik rawatan gigi yang selesa seperti bilik spa
  • Doktor gigi yang spontan dan ‘friendly
  • Masa menunggu yang singkat

Jika anda ada masalah gigi, segera berjumpa dengan kami atau hubungi dengan klik di sini –> assalamdental

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *