“HAH!? KUNINGNYA GIGI AKU! APA SUDAH JADI?” – Kata Rafizi selepas memakan tiga mangkuk longtong. Kelmarin seorang pesakit bernama Rafizi (bukan sebenar) meluahkan rasa ketidakselesaan dan tidak yakin untuk senyum sehingga orang lain meyangkakan Rafizi ‘bad mood’ kepada doktor gigi.

BAGAIMANA TERJADINYA KEKUNINGAN ATAU PERUBAHAN WARNA PADA GIGI???
Kekuningan adalah perkara yang sering terjadi pada semua orang di semua kalangan usia. Antara beberapa faktor yang terjadi akibat kekuningan adalah:
1.) Merokok
Merokok adalah punca utama pada perubahan warna gigi kesannya daripada asap rokok itu sendiri. Selain itu, mereka yang merokok berisiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit gusi. Orang yang merokok menghadapi risiko empat kali ganda menghidap penyakit gusi yang serius (periodontitis) berbanding orang yang tidak pernah merokok. Lagi banyak anda merokok, lagi teruk penyakit gusi yang anda hadapi.
2) Kurang menjaga Kebersihan Mulut
Perkara ini sering terjadi kepada kanak-kanak. Jika kurang memberus gigi atau bilas mulut untuk membuang plak atau tartar gigi selepas makan, peluang pada perubahan atau peningkatan warna gigi adalah tinggi. Anda sebagai ibubapa haruslah mengawasi gigi anak anda. Pastikan mereka memberus gigi terutamanya pada waktu selepas dan sebelum tidur.
3) Makanan
Makanan adalah salah satu punca utama pada perubahan warna gigi. Bahan makanan yang kuat seperti tomato, rempah kari, lauk-pauk yang mempunyai rempah ratus tinggi dan seumpamanya boleh meninggalkan kesan hitam pada gigi. Bahkan beberapa makanan yang sihat seperti salad boleh menyebabkan perubahan warna gigi.
.
Pencerahan gigi adalah cara yang selamat, berkesan dan terjangkau untuk memperbaiki senyuman dan meningkatkan penampilan. DiAs-Salam Dental, kami menawarkan perkhidmatan pencerahan gigi profesional yang dapat membantu anda mencapai senyuman yang lebih cerah dan putih dalam satu lawatan sahaja. Teknologi pencerahan gigi terkini kami dapat menghilangkan kesan kekuningan dan perubahan warna gigi disebabkan oleh makanan, minuman, tembakau, dan usia, menjadikan anda dengan senyuman yang menawan dan meningkatkan rasa yakin diri dan daya tarikan dan keyakinan.
.
Di As-Salam Dental, pakar pergigian kami yang berpengalaman dan kakitangan terlatih bersedia menyediakan perkhidmatan pencerahan gigi berkualiti dalam suasana yang selesa dan santai.
Antara sebab kenapa anda harus datang ke As-Salam Dental adalah:
🦷 Ruang menunggu dan bilik doktor yang sangat selesa seperti di sebuah villa
🦷 Doktor gigi yang mesra
🦷 Mempunyai alat pergigian yang canggih
🦷 Staf yang mementingkan keselesaan anda
🦷 Masa menunggu yang singkat
.

Ruang bahagian menunggu di As-Salam Dental, Semenyih
Jika anda berminat dan ingin mendapatkan perkhidmatan yang terbaik, kami sedia membantu anda, Jom buat tempahan untuk slot anda sebelum penuh! Sila klik pautan di bawah ini untuk hubungi kami! 📲