“SENYUMAN SIHAT SI MANJA BERMULA DI SINI: TODDLER PACKAGE RM89”

Tahukah anda, penjagaan gigi anak seawal usia bayi dan toddler adalah langkah penting untuk memastikan kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat mereka? Walaupun gigi susu akan diganti dengan gigi kekal, ia tetap memainkan peranan besar dalam pertumbuhan si manja anda termasuk membantu anak mengunyah, bercakap dengan jelas, dan memberi ruang untuk gigi kekal tumbuh pada posisi yang betul.

Kenapa Penjagaan Gigi Anak Seawal Usia Penting?

Ramai ibu bapa beranggapan gigi susu tidak penting kerana ia akan gugur dan diganti dengan gigi kekal. Namun, sebenarnya gigi susu mempunyai peranan yang sangat besar dalam tumbesaran anak:

  • Membantu proses mengunyah dengan baik – supaya anak dapat menikmati makanan seimbang untuk pertumbuhan sihat.

  • Membantu pertuturan – gigi susu yang sihat menyokong anak bercakap dengan jelas.

  • Memastikan gigi kekal tumbuh dengan betul – gigi susu bertindak sebagai “penjaga ruang” untuk gigi kekal.

Jika gigi susu rosak atau tanggal lebih awal akibat kaviti, gigi kekal boleh tumbuh tidak teratur dan menyebabkan masalah jangka panjang seperti gigi berlapis (crowding).

Bila Masa Sesuai Bawa Anak Jumpa Doktor Gigi?

Menurut cadangan World Health Organization (WHO) dan American Academy of Pediatric Dentistry (AAPD), kanak-kanak sebaiknya dibawa berjumpa doktor gigi:

  • Sebelum usia 1 tahun, atau

  • 6 bulan selepas gigi pertama tumbuh

Tujuannya adalah supaya anak dapat diperiksa lebih awal, dan ibu bapa mendapat panduan penjagaan yang betul sejak mula.

Risiko Jika Gigi Anak Tidak Dijaga

Kaviti awal kanak-kanak (Early Childhood Caries) – keadaan di mana gigi anak rosak dengan cepat akibat susu botol atau makanan manis.
Takut jumpa doktor gigi – bila anak hanya dibawa ke klinik semasa sakit, pengalaman pertama mereka jadi menakutkan.
Kos rawatan lebih tinggi – rawatan pencegahan jauh lebih murah berbanding rawatan bila gigi sudah rosak teruk.

Atas sebab itu, Klinik Pergigian As-Salam Dental Bangi memperkenalkan Toddler Package (Up To 4 Years Old)  sempena pembukaan baharu kami, khas untuk anak kecil anda! 

Apa Itu Toddler Package RM89?

Pakej ini merangkumi:
✔️ Konsultasi Doktor Gigi – Pemeriksaan menyeluruh keadaan gigi dan gusi anak.
✔️ Polishing (Pembersihan Ringan) – Buang plak & kotoran supaya gigi lebih bersih.
✔️ Topical Fluoride – Lindungi gigi daripada kaviti dengan lapisan pelindung fluoride.
✔️ Oral Health Instruction (OHI) – Panduan memberus gigi & tip penjagaan mulut di rumah untuk ibu bapa.

Jangan lepaskan peluang ini untuk hadiahkan senyuman sihat buat anak anda.

📍 Kunjungi Klinik Pergigian As-Salam Dental Bangi dan dapatkan Toddler Package sempena pembukaan baharu kami.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *