“Cerahnya Gigi Awak Sampai Berkilau!” Betul ke Ini yang Akan Berlaku Selepas Rawatan Pemutihan Gigi?

Rawatan pemutihan gigi adalah satu cara yang berkesan untuk mencerahkan warna asal gigi tanpa memotongnya. Ia mungkin tidak dapat menukarkan warna gigi tersebut sepenuhnya tetapi, mampu mencerahkan warna asal. Rawatan ini berkesan untuk gigi yang berwarna kuning dan gigi yang mempunyai perubahan warna internal (dalaman) seperti yang disebabkan oleh pengambilan tetracycline di bawah 12 tahun.

Rawatan pemutihan gigi (whitening) di As-Salam Dental Semenyih

Menjawab tentang persoalan gigi berkilau selepas whitening adalah tidak sama sekali berlaku kerana rawatan pemutihan hanyalah pelunturan gigi untuk menjadikannya lebih cerah. Whitening boleh dibuat jika anda merasakan gigi anda agak kekuningan dan anda ingin memutihkannya. Anda juga mungkin akan disarankan  untuk menjalani rawatan ini jika anda bercadang untuk mendapatkan rawatan pergigian kosmetik seperti veneer, composite bonding atau selepas anda membuka braces.
Tujuannya adalah untuk memastikan padanan yang tidak kelihatan terlalu berbeza diantara warna semulajadi gigi anda dan juga warna bahan yang digunakan. Ia juga bergantung kepada keadaan gigi anda. Jadi, whitening bukanlah diantara cadangan yang akan sentiasa disarankan oleh doktor gigi.

Sumber: myhealth.gov.my , Artisan Dental

Sekiranya anda ingin membuat sebarang rawatan pergigian, anda boleh membuat temu janji di portal dentalsalam.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *