
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, makin ramai yang pakai braces — tak kira pelajar, orang dewasa, lelaki mahupun wanita. Tapi persoalan yang sering muncul ialah: “Orang pakai braces ni sebab gigi tak tersusun, atau sekadar nak ikut trend?”
Hakikatnya, braces bukan sekadar aksesori. Ia adalah rawatan ortodontik yang direka untuk membetulkan susunan gigi, gigitan (bite), dan kesihatan mulut secara keseluruhan. Jom kita faham lebih mendalam kenapa braces bukan sekadar gaya, tapi satu keperluan.
Braces Bukan Sekadar Cantik, Tapi Untuk Kesihatan Gigi
Ramai yang sangka braces hanya untuk nampak senyum cantik tapi sebenarnya ia memainkan peranan penting dalam fungsi gigi dan kesihatan mulut.
Bila gigi tidak tersusun:
- Sukar nak gosok gigi dengan sempurna.
- Sisa makanan mudah terperangkap dan menyebabkan karies gigi atau gusi berdarah.
- Tekanan pada rahang tak seimbang, boleh sebabkan sakit kepala atau sendi rahang.
Dengan braces, semua ni boleh diperbetulkan secara berperingkat. Hasilnya bukan saja senyum yakin tapi mulut yang lebih sihat.
Tak Semua Orang Sesuai Pakai Braces
Ramai datang ke klinik dengan niat “nak pasang sebab kawan pun pakai”. Tapi sebenarnya, braces tak sesuai untuk semua orang.
Doktor gigi akan periksa dulu:
- Struktur rahang
- Keadaan gigi & gusi
- Masalah gigitan (bite problem)
Kalau semua sesuai barulah rawatan braces dimulakan.
Kalau tidak, doktor mungkin cadangkan rawatan lain seperti aligner, veneer, atau scaling & polishing.
Trend Atau Tidak, Yang Penting Rawatan Betul
Memang betul, media sosial banyak pengaruh dan ramai yang terinspirasi tengok senyuman artis atau influencer. Tapi rawatan ortodontik bukan perkara main-main.
Pakai braces tanpa pemantauan doktor boleh sebabkan: Gusi bengkak
Gigi longgar
Gigi rosak kekal
Jadi, kalau nak ikut trend pun biar trend yang sihat dan selamat!
Pilih klinik bertauliah dan dapatkan pemeriksaan profesional dahulu.
Perjalanan Braces Perlukan Komitmen
Ramai tak tahu, rawatan braces boleh ambil masa antara 18 hingga 36 bulan.
Dalam tempoh ni, pesakit perlu:
- Datang temu janji setiap bulan
- Jaga kebersihan gigi
- Elak makanan keras & melekit
- Pakai retainer selepas buka braces
Jadi, ia bukan sekadar “nak nampak lawa” , tapi satu perjalanan kesihatan dan disiplin diri
Braces bukan sekadar trend,ia rawatan sebenar yang bantu anda dapatkan gigi tersusun, kesihatan mulut lebih baik, dan senyuman yang tahan lama.
Kalau anda masih tertanya-tanya sama ada sesuai atau tidak untuk pakai braces, buat pemeriksaan dulu dengan doktor gigi di Klinik As-Salam.
Kami sedia bantu dari konsultasi hingga rawatan susulan kerana bagi kami, “Senyuman anda adalah kebahagiaan kami.”