KARIES GIGI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK: APA IBU BAPA PERLU TAHU

Ramai ibu bapa teruja apabila anak sudah tumbuh gigi tetapi mungkin ada segelintir ibu bapa yang lupa menekankan aspek penjagaan gigi kepada anak mereka dan menyebabkan karies gigi.

Apa itu Karies Gigi?
Karies gigi adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak dibawah umur enam tahun. Karies gigi juga dikenali sebagai karies botol susu dan melibatkan gigi susu hadapan atas.

Antara penyebabnya:
– Kerap mengambil makanan dan minuman manis seperti gula-gula
– Kurang atau tidak memberus gigi
– Teknik memberus gigi yang tidak berkesan menanggalkan plak gigi
– Membiarkan anak tidur dengan menghisap susu atau minuman manis dari botol

Tanda-tanda karies gigi:
– Tompokan putih atau kecoklatan pada permukaan gigi
– Munculnya lubang kecil pada gigi
– Lubang pada gigi semakin dalam dan berubah warna menjadi coklat kehitaman

5 cara menangani kerosakan gigi anak:
– Pemeriksaan dengan doktor gigi sejak awal usia
– Kurangkan makanan dan minuman manis
– Kurangkan penyusuan botol
– Menggalakkan anak memberus gigi
– Menggunakan sapuan fluorida

Sebagai ibu bapa, langkah terbaik ialah memastikan anak mendapat pemeriksaan gigi secara berkala. Jom buat temujanji di As-Salam DentalΒ hari ini, demi senyuman sihat dan ceria anak anda.

πŸ“Œ Maklumat lanjut & tempahan janji temu:

🌐 www.dentalsalam.com

πŸ“ž 012-414 0969 (As-Salam Dental)

Add Your Heading Text Here

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *