
Braces atau pendakap gigi adalah sebuah gear yang mampu menyusun dan menggerakkan gigi anda pada susunan yang memuaskan. Semua orang boleh memakai braces tetapi bergantung kepada sebuah keadaan gigi. Jika susunan gigi anda terlalu jarak, padat atau terlalu kedepan atau kebelakang sehingga mendatangkan masalah untuk mengunyah dan bercakap, anda layak untuk mendapatkan rawatan tersebut.
.
Sekiranya dipandang remeh tentang keadaan gigi yang tidak normal, kemungkinan besar masalah oral (kebersihan mulut) juga akan terjejas. Bakteria akan mudah terkumpul pada celah-celah gigi dan menyebabkan penyakit.
.
Antara sebab kenapa pentingnya memakai braces adalah:
- Membantu memperbaiki gigi yang tidak sejajar, sehingga lebih mudah dibersihkan dan mengurangi risiko penyakit gusi.
- Dapat memperbaiki masalah gigitan seperti gigitan tumpang tindih, gigitan terbalik, dan gigitan silang, meningkatkan kemampuan menggigit dan mengunyah dengan betul.
- Gigi yang tidak sejajar dapat mempengaruhi percakapan. pemakaian braces dapat membantu meningkatkan daya perbicaraan dengan memperbaiki masalah gigi.
- Senyum yang lebih lurus dapat meningkatkan rasa keyakinan diri, dapat berada di tempat sosial dan profesional.
.
Secara ringkasnya penggunaan braces adalah dapat mengarah pada peningkatan taraf kesihatan mulut, fungsi, dan keyakinan diri. Tidak lupa juga ingin memberitahu bahawa di As-Salam Dental ada perkhidmatan untuk pemakaian braces! Kami bersedia untuk menyambut dan memberikan servis yang terbaik untuk anda!
.