
Jika membuat pemeriksaan atau berjumpa dengan doktor gigi secara berkala, maka doktor gigi dapat mengenal pasti masalah yang timbul pada pesakit sama ada sedar atau tidak. Kadang-kadang mereka merasakan memberus gigi setiap hari sahaja sudah cukup dan tidak perlu untuk ke klinik gigi bagi mendapat rawatan gigi, andaian ini adalah salah.
Memberus gigi sahaja tidak cukup kerana berus gigi tidak boleh menembusi celah-celah gusi dan segenap ruang dalam mulut. Ini akan menyebabkan bakteria akan berada disekeliling celah gigi. Akhirnya akan menyebabkan karang gigi atau gigi berlubang.
Selain membuat pemeriksaan gigi bersama doktor, proses scaling atau cuci gigi juga amat penting dilakukan bagi membuang karang gigi serta bakteria terkumpul di dalam mulut.
Ada kebaikkan dalam scaling sehingga membuatkan anda terasa seperti di dalam spa dan merasakan ia rawatan gigi yang terbaik:
- Membersihkan Partikel Makanan
Meskipun kita menggosok gigi beberapa kali sehari namun sisa makanan masih boleh melekat di celah gigi dan sukar dibersihkan menggunakan berus gigi. Cuci gigi dapat membantu membersihkan kotoran degil ini yang sukar dicapai dengan berus gigi sekaligus mengelakkan pertumbuhan karang gigi.
- Membersihkan Karang Gigi
Karang gigi adalah masalah biasa dialami oleh kebanyakan orang terutamanya pada bahagian belakang gigi. Pertumbuhan plak ini disebabkan oleh campuran baki sisa makanan yang tidak dibersihkan dan air liur sehingga menyebabkan ia mengeras dan melekat pada gigi. Rawatan cuci gigi dapat membantu mengikis semua kotoran dan karang gigi.
- Menghindari Penyakit Gusi
Mungkin ada rasa ia tiada kaitan tapi sebenarnya karang gigi boleh menyebabkan penyakit gusi seperti berdarah dan bengkak.
- Mengelakkan Perubahan Warna Gigi Kuning
Ia bukan memutihkan tetapi apabila karang dibersihkan ia dapat membantu mencegah perubahan warna gigi. Jika rawatan tidak dilakukan, gigi bukan sahaja cepat rosak tetapi warna gigi juga menjadi kuning
Sumber: MStar | Dr. Mike Lim, Blanc Dental Clinic

Gambar EMS Airflow yang digunakan di As-Salam Dental